|
|
| Sunday, 2-Nov-2008 04:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BERANI; di sebalik tabir
|
|
19 Oktober 2008 (Ahad)
Sungai Batu Pahat, Perlis
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Nov-2008 16:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BERANI
|
|
1. "Risalah Islam menghendaki umatnya supaya memiliki sifat keperkasaan, yang bersinonim dengan keberanian, kegagahan dan kekuatan: Berani menegakkan kebenaran, gagah menghadapi cabaran, tabah mengharungi bahaya dan kesulitan serta kuat menentang kebatilan. Orang yang seperti ini amatlah disukai oleh Allah Ta'ala berbanding dengan orang yang lemah.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
| Quote: | "Orang beriman yang perkasa adalah lebih disukai oleh Allah berbanding dengan orang beriman yang lemah. Orang beriman yang kuat dan lemah, kedua-duanya itu tetaplah baik. Oleh itu ambil kiralah apa-apa yang bermanfaat kepadamu dan teruslah memohon bantuan kepada Allah, serta jangan sekali-kali merasa lemah." (Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah).
|
Maksud perkasa dalam hadis ini telah dihuraikan pula oleh Imam An-Nawawi Rahimahullah sebagai cekal dan teguh hati serta gigih melakukan perkara-perkara yang menjanjikan pahala akhirat. Orang seperti ini menjadi pelopor dalam berjuang dan paling bersegera melakukannya, paling kental menegakkan kebaikan dan paling berani melarang kemungkaran, paling tabah merentas kesakitan dan menanggung kesusahan, paling suka sembahyang, puasa, zikir dan segala jenis ibadah seperti membaca Al-Quran dan paling aktif serta gembira mencari dan memelihara perkara-perkara yang bermanfaat. (Syarah Sahih Muslim: 2,664)."
Petikan ucapan Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned di Majlis Perasmian Persidangan Pemimpin Mahasiswa Islam Varsiti ASEAN pada 26 Muharam 1427 bersahaam 25 Februari 2006 M.
2. Menurut Imam Ibn al-Qaiyim al-Jauziyyah:
| Quote: | | Sifat berani itu adalah penghulu segala kebaikan yang menjadikan seseorang itu mulia dan sempurna, kerana ia akan menjadikan hatinya cekal pada sesuatu perkara. Berani itu lahir dari sifat sabar dan bersangka baik terhadap manusia, apabila dirinya dikuasai dengan prasangka baik, ia akan mendorong orang itu agar sentiasa bersabar. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Oct-2008 17:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEDEKAH; bukan hanya ramadhan
|
|
____________________
Al-Quran
| Quote: | | “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261) |
Hadith
| Quote: | “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari)
”Barangsiapa yang bersedekah dengan tamar hasil daripada usahanya yang bersih dan sememangnya Allah hanya menerima hasil yang baik sahaja dan sesungguhnya Allah menerima dengan tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara-Nya untuk yang seperti kamu memelihara seekor binatang ternak, sampai membesar seperti bukit”. (Riwayat Al-Bukhari) |
____________________
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Oct-2008 16:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mencari ketenangan?
|
|
________________________
| Quote: |
Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Oct-2008 14:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DESTINASI
|
|
____________________
| Quote: | DESTINASI CINTA (Mestica)
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku Ya Allah |
____________________
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 17:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tentang Ramadhan...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 17:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kantan oh kantan...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Aug-2008 17:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Merdekakah kita?
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 08:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Di balik cermin...
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Aug-2008 08:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sabar dan syukur
|
|
|
|
|
|