Want your
own Fotopage?






 
Falah Azizan's Fotopages

By: Falah Azizan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Jan-2009 16:21 Email | Share | | Bookmark
Solah

 


Quote:
“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” — Hadis riwayat Baihaqi.

Care to comment?


Tuesday, 27-Jan-2009 08:49 Email | Share | | Bookmark
SEMEKAR 2009

 



Kami belajar;
Aurat, Najis dan bersuci, Wudhu, Tayammum, Mandi Wajib, Solat dan banyakkkk lagi.


Satu perkara yang aku belajar dari program ni, budak-budak suka dengar cerita dan main teka-teki. Tips untuk mereka yang handle program budak-budak

Care to comment?


Monday, 19-Jan-2009 17:26 Email | Share | | Bookmark
Rahsia kekuatan kita



Quote:
Ingatlah kata-kata Umar Al-Khattab r.a. “Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan ISLAM.. Dan sekiranya kita mencari kemuliaan, dengan cara selain daripada cara yang telah Allah muliakan kita dengannya (yakni Islam), nescaya Allah akan MENGHINA kita.”





sampai bila-bila...tp kita perlukan alternatif, saya bersyukur bekerja di HPA, tak perlu milo, kita minum RADIX KOKO, tak perlu nescafe, kita ada KOPI RADIX, tak perlu ke kfc, kita ke RFC...byk lg kita mesti teroka...sokonglah produk muslim! Tue 27-Jan-2009 08:59
Posted by:falah  - [Link]
iyer2 sy juga sokong 100%..buatan islam... Wed 4-Feb-2009 04:31
Posted by:shaziera
skrg ada lg alternatif utk MILO....'Liqo' (kilang di Sg. Petani) dan 'SmilQ' (kilang di Karangan, Kulim)..ni bukan produk HPA ttp produk saudara2 Muslim kita... Fri 20-Feb-2009 02:24
Posted by:falah  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 10-Jan-2009 16:09 Email | Share | | Bookmark


Allahuakbar! Moga daat bersua lagi dengan semua.InsyaAllah. Sun 18-Jan-2009 06:30
Posted by:ridzuan hanekaseyo@yahoo.com  - [Link]
insyaAllah...bersama dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan! Wed 21-Jan-2009 01:01
Posted by:falah  - [Link]
mana muka aku ? ang lupa nk letak ka
Sun 8-Feb-2009 09:31
Posted by:mr_hashuu_poteto  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 30-Dec-2008 07:00 Email | Share | | Bookmark
Jangan hanya berdiam diri


______________http://www.amanpalestin.org

______________http://www.palestinkini.info

Peranan kita
Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

Paksi Pengetahuan

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidakpedulian orang Islam dan Arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap tiada daya dan upaya melainkan milik Allah dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

Paksi maknawi (jiwa)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah SWT serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyah' sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya 'nafas panjang' tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu 'jalan pengislahan' juga memerlukan tempoh.

Paksi Amali/Praktikal

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendukung mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu rasmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serba guna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:
"Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau." (Surah al-Maidah: 78)

Petikan artikel asal, Khutbah Jumaat memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin
Lajnah Antarabangsa PAS Pusat



Care to comment?


Tuesday, 30-Dec-2008 05:19 Email | Share | | Bookmark
Mampukah sekadar berdiam diri?

Gaza terus bermandi darah

KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.

BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.

Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.

Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.

Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut.

Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu.

Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat, pesawat perang melancarkan puluhan serangan di wilayah yang padat dengan penduduk di wilayah itu, awal hari ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengulangi gesaannya supaya keganasan itu dihentikan segera dan mendesak Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang mengalami sekatan sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.

“Beliau sekali lagi mendesak supaya segala tindakan keganasan dihentikan segera,” kata jurucakap Ki-moon.

Operasi ‘Cast Lead’ tentera Israel yang dilancarkan kelmarin telah pun membunuh 310 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza.

Hamas membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan keganasan Israel itu.

“Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

Sementara itu, para pemimpin dunia terus mengutuk serangan Israel di Genting Gaza.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyifatkan apa yang berlaku di Genting Gaza sebagai satu ironi kerana serangan dan pembunuhan penduduk Palestin dilakukan di ambang umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah.

Naib Perdana Menteri China, Li Kegiang turut mengecam serangan Israel itu.

Beliau berkata, China terkejut dan sangat khuatir dengan operasi ketenteraan di Genting Gaza yang telah mengorbankan banyak jiwa dan ramai yang cedera.

– AFP

Care to comment?


Monday, 29-Dec-2008 07:46 Email | Share | | Bookmark
Ukhuwwah

_______________________

Care to comment?


Friday, 26-Dec-2008 15:14 Email | Share | | Bookmark
Kem Remaja Unggul 2008

Nama program : Kem Remaja Unggul 2008(KRU 08)
Tema program : Membangun Bersama Islam
Anjuran : Glokal Thinker Management





Salam,. Saudara join ke Kem ni? Hari tu terbaca dalam Harakah, tapi dah lepas dah. Tak tau pulak yang Kem ni memang tiap-tiap tahun ada,. Kalau tidak boleh hantar adik pegi.. Fri 26-Dec-2008 16:03
Posted by:bidasari  - [Link]
hmm...mungkin yang bidasari tgk dlm harakah tu Kem Bina Sahsiah(KBS) kot, anjuran kerajaan Kedah...yg kami buat ni baru permulaan jer, kecil2 an dulu, takde iklan dlm akhbar pon Sat 27-Dec-2008 15:07
Posted by:falah  - [Link]
Owh,.. lain ek? x pe lah,. kalau adaprogram seumpama ini, harap boleh la share,. Sebab jarang jumpa.. Tambah2 kat Kedah.. Mon 29-Dec-2008 08:56
Posted by:bidasari
Add comment


Tuesday, 16-Dec-2008 05:21 Email | Share | | Bookmark
Subuh!!!





kartun utk majalah Izzah terbitan Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) beberapa thn lepas...

Jepun mesti sejuk skrg nih...huh kenangan...

Care to comment?


Wednesday, 10-Dec-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Qurban Aidiladha

versi hijau
versi merah


meriah2 Thu 11-Dec-2008 00:20
Posted by:sha
agaknyer Sun 14-Dec-2008 05:26
Posted by:sha
bz agaknyer Sun 14-Dec-2008 05:27
Posted by:sha
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.