Want your
own Fotopage?






 
Falah Azizan's Fotopages

By: Falah Azizan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Sep-2007 23:25 Email | Share | | Bookmark
Inni Sooim..

 
__________________

Quote:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Buah tembikai dibelah-belah
Tudungkan ia jangan terdedah
Nak itu salah nak ini salah
Entah kenapa hatiku gundah
Thu 20-Sep-2007 02:27
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Nak itu salah nak ini salah
Entah kenapa hatiku gundah
Buat apa susah-susah
Nak makan tembikai tu..makan jer lah!

tp make sure dah masuk waktu berbuka yer
Thu 20-Sep-2007 10:33
Posted by:falah  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Sep-2007 05:53 Email | Share | | Bookmark
Surau Gokiso

kelebihan solat berjemaah
 
 
View all 5 photos...
__________________

Quote:
Bismillah..
Assalamualaikum wrt,
InsyaAllah dari malam ini akan bermulalah bulan Ramadhan yang penuh barakah dan dipenuhi dengan pelbagai ganjaran pahala serta rahmat yang besar bagi sesiapa yang berusaha mencarinya.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

"Jika datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu yang dibuka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu-pun yang tertutup, berseru seorang penyeru; "Wahai orang yang ingin kebaikan, lakukanlah! Wahai orang yang ingin kejelekan, kurangilah! Dan bagi Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam"

[Diriwayatkan oleh Tirmidzi 682 dan Ibnu Khuzaimah 3/188 dari jalan Abi Bakar bin Ayyasy dari Al-A'masy dari Abu Hurairah. Dan sanad hadits ini Hasan]

Oleh itu, saya mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita menghidupkan malam-malam Ramadhan ini dengan amalan-amalan soleh.

InsyaAllah program sepanjang Ramadhan yang akan kita laksanakan di Surau Gokiso(rumah saudara Faizal yang lama) adalah seperti berikut;

9.00 mlm--Tadarus al-Quran
9.30 mlm--Solat Isya berjemaah dan Solat Taraweh berjemaah


Bersama-samalah kita imarahkan surau kita, mudah-mudahan kita berjaya mencapai objektif puasa iaitulah 'taqwa'.

Wassalamualaikum wrt.

p/s: 'Moreh' selepas taraweh dialu-alukan. ..

Care to comment?


Tuesday, 11-Sep-2007 23:30 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan al-Mubarak!

 
__________________

INI MENARIK Fri 28-Sep-2007 03:25
Posted by:maylique  - [Link]
tp ada besi bentuk 'u' tu sedikit mengganggu.. Fri 28-Sep-2007 19:14
Posted by:falah  - [Link]
Add comment


Tuesday, 11-Sep-2007 16:06 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
__________________________

Care to comment?


Monday, 10-Sep-2007 18:38 Email | Share | | Bookmark

mintak makan sikit bang, lapar giler nih..
ooho kedekut yer, gigit jari kaki dier!
__________________

Quote:
"Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya" (Surah Al-Yusuf : 105)
.

maknanya, xde sape2 yg prihatin kt kucing tu... sampaikan jari kaki pn dh jadik tempat 'luah perasaan' kucing tu.. hehe Fri 21-Sep-2007 07:31
Posted by:syazwaniadnan syazwani86_adnan@yahoo.com
malangnya kucing ni dah takde..mungkin tuan punya bangunan ni dah buang...susah oo nak jumpa kucing jinak kat jepun ni Mon 24-Sep-2007 21:15
Posted by:falah  - [Link]
saya tau kenapa dia jilat kaki bro falah..itu tandanya dia suka kat bro..trust me i'm expert in kucing thing..kat umah dah belambak kucing...huhu Mon 3-Nov-2008 10:25
Posted by:Noorain Tupani ain_oc@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Sunday, 9-Sep-2007 08:57 Email | Share | | Bookmark

 
itik pon reti balik time maghrib..
langit senja..
__________________________

Quote:
"Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang selain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)? Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang selain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)? Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur." (Surah al-Qasas: 71-73)

Justeru, adakah kita bersyukur?

itik pulang petang.. ...siang mencari rezeki...mlm..munajat kpd Tuhan yg Esa..

slm..sori la..menyibuk lak kt komen ni..juz nk tny..ritu kme ad join kem remaja unggul 08 kn....mean, kme ni penah la keje ngn syad ..siti norsyahada tahrim..ms kt kem remaja anggul taun lps..hehe..sj je nk bgtau..syad tu sahabat sy ms kt um...ok..teruskan keje dkwah..wslm..
Thu 26-Mar-2009 15:53
Posted by:~hikari~
Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 06:35 Email | Share | | Bookmark
Burung oh burung

toleh kiri..
toleh kanan..
jalan depan..
__________________

Quote:
Dari Umar RA katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Andaikata kamu sekalian suka bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sekalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung-burung berperut kosong dan petang kembali dengan perut penuh berisi." Riwayat Imam Tirmidzi, hadith hassan.

ciptaanNYA...

Kalau free jom jengah http://onfarisha.fotopages.com
Sat 8-Sep-2007 11:46
Posted by:OnFarisha onfarisha@yahoo.com  - [Link]
Sun 9-Sep-2007 08:56
Posted by:falah
Add comment


Thursday, 6-Sep-2007 15:46 Email | Share | | Bookmark
Tembak Bunga

Bunga Merah
Bunga Merah II
Bunga ni macam penah tengok kat Malaysia tapi tak pernah jumpa yang warna merah.Selalunya warna ungu atau putih je. Kat Jepun ni macam-macam warna ada...sempat tembak warna merah je dulu...

__________________

Quote:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." -Ali Imran ayat 190-191

Care to comment?


Wednesday, 5-Sep-2007 15:08 Email | Share | | Bookmark

 
__________________________

Peter Sanders berdakwah menerusi lensa kamera
Utusan Malaysia 30 Mac 2006



Susunan SITI AINIZA KAMSARI

TIDAK ada muka artis ternama pada era 1970-an yang tidak terlepas daripada rakaman lensa kameranya. Artis-artis terkemuka ketika itu seperti Bob Dylan, Jimi Hendrix, The Doors, The Who dan kumpulan Rolling Stones puas menjadi subjek rakamannya.

Setelah puas bergelumang dengan dunia hiburan yang dianggap begitu indah berkerdipan, jurugambar terkenal Peter Sanders, 50, mula dihujani kebosanan.

Bukan bosan dek kerenah artis-artis tersebut tetapi Peter hanya mahu beralih pada subjek yang lebih memberikan ketenangan pada jiwa. Baginya hati yang terhibur dan ketenangan jiwa adalah dua perkara yang berbeza!

Lantaran itu, Peter menghalakan lensa kameranya ke arah negara India. Benua itu menjanjikan seribu satu misteri beragama, budaya dan perjalanan rohani bagi kebanyakan jiwa yang kosong seperti Peter.

Bagi Peter, soal kepercayaan terhadap agama dan dunia fotografi merupakan dua perkara penting yang dapat melengkapkan pencarian rohani dalam dirinya. Peter tidak sekadar mahu menukarkan fokus pada lensa kameranya tetapi rakaman-rakaman daripada pelbagai sudut itu mampu memberikannya cerita yang paling terkesan pada jiwanya.

“Tempoh enam bulan sahaja di India sudah cukup memberikan saya satu pengertian baru dan menjumpai apa yang dicari selama ini. Saya pulang semula ke England dan ditakdirkan ramai rakan-rakan saya juga telah memeluk Islam. Tetapi tidak kurang juga ramai yang menjadikan dadah dan alkohol sebagai pemberi ‘ketenangan’.

“Tidak dinafikan gejala itu cukup memberikan saya satu perasaan dilema, arah mana yang harus menjadi pilihan?” ujarnya.

Peter kemudian tidak lagi teragak-agak malah meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya sumber untuk memberikan ketenangan buat dirinya walaupun dia mengakui mempunyai pengetahuan yang masih dangkal tentang Islam. Pada 1971, pada usia 24 tahun beliau secara rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dan mahu dikenali dengan nama barunya Abdul Adheem.

Walaupun mempunyai pengetahuan cetek mengenai Islam, namun Peter turut mendakwa memperoleh hidayah dan alamat atau petanda menerusi mimpi-mimpi. Semua ini sedikit sebanyak menjadikan hatinya disinari cahaya Ilahi.

Keinginan

“Dalam tempoh tiga bulan selepas memeluk Islam, hati saya membuak-buak untuk mengerjakan haji di Mekah. Saya tidak mempunyai wang pada masa itu tetapi keinginan saya begitu mendesak untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

“Malah saya ingin sekali merakamkan suasana di sana terutamanya Rumah Allah, Kaabah, bagi memberikan lagi kepuasan pada jiwa yang selama ini begitu kosong,” katanya.

Niat beliau itu telah mendapat perhatian seorang hamba Allah yang hanya mampu menanggung pemergian Peter ke sana. Kehidupan seterusnya di sana perlu diusahakannya sendiri.

“Alhamdulillah, saya dapat menjejakkan kaki di Mekah dan inilah peluang untuk mengenali Islam menerusi lensa kamera saya.

“Saya tidak bermaksud hendak menjadi orang pertama berjaya merakam gambar Rumah Allah itu demi nama dan kerjaya dalam bidang fotografi. Ini semua tidak akan kesampaian jika tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi,” katanya.

Pada masa itu mengambil gambar di sekitar Mekah terutama Kaabah jarang dilakukan apatah lagi oleh kalangan orang Barat. Akhirnya Peter mendapat kebenaran untuk merakamkan gambar kota suci itu. Ia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya tahu ia bukan sekadar untuk mengambil gambar tetapi ia penuh dengan tanggungjawab untuk memelihara kesucian Islam itu sendiri,” katanya yang mempunyai koleksi-koleksi rakaman gambar yang begitu prolifik dan bermutu tinggi iaitu hampir 210,000 keping dalam bentuk slaid filem.

Acapkali mengambil gambar-gambar di situ, Peter teringatkan satu kata-kata hikmah yang diterjemah daripada bahasa Urdu: “Bagi menyaksikan realiti mengenai kota suci Mekah dan Madinah itu, anda perlukan lebih daripada pandangan mata.”

Setelah beroleh sudut, Peter merakamkannya dan hasilnya bukan sahaja indah tetapi ia sarat dengan pelbagai pengajaran. “Tidak sekadar cantik tetapi ia memberikan kepuasan untuk orang lain berkongsi sama” katanya.

Begitulah yang dilakukan dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini – merakam imej Islam pada lensa kamera untuk tatapan dan santapan jiwa seluruh umat manusia.

Pada tahun 2003, misalnya, 12 gambar-gambarnya yang terbaik menghiasi kalendar 2003 yang diterbitkan di London. Ia begitu memukau seluruh umat manusia. Tidak sahaja Peter bermain dengan kepelbagaian sudut, mainan warna dan cahaya tetapi kesemuanya penuh dengan mesej-mesej yang tidak terluah. Pelbagai mesej boleh tersirat di sebalik yang tersurat.

Menara dan kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, misalnya, memaparkan paduan warna biru dan putih yang dirakam dengan penuh seni. Betapa ia melambangkan ketenangan dan kesucian yang bersatu untuk melahirkan jiwa yang sangat harmoni.

Walaupun Taj Mahal sering dirakamkan dengan penuh seni oleh kebanyakan jurugambar namun Peter mampu melahirkan kesayuan apabila detik-detik keemasan warna lembayung senja yang menyelubungi Taj Mahal itu menyuntikkan kembali kegemilangan tamadun Islam dalam seni bina sehingga mampu diiktiraf sebagai salah satu benda ajaib dunia.

“Semakin banyak realiti yang dapat dirakam, betapa saya saksikan Allah dan segala kekuasaan-Nya itu ada di mana sahaja.

“Islam benar-benar merentasi semua sempadan waktu dan budaya. Merakam dan menyebarkannya dalam bentuk kepingan gambar ini satu medium dakwah dan ia memberikan lebih daripada kepuasan jiwa,” katanya.

Namun sesetengah daripada kita mungkin sudah mengenali Peter. Beliau pernah mengadakan pameran solonya di ibu kota Kuala Lumpur hasil jemputan Islamic Outreach-ABIM pada Oktober 2003.

“Kadangkala kita tidak perlukan fakta untuk berubah tetapi cukuplah dengan sekeping gambar yang memainkan peranan unik serta tersendiri bagi membolehkan kita akhirnya mampu melihat kebenaran.” katanya.

In The Shade of the Tree adalah bukunya yang terlaris dan begitu juga buku-buku yang dalam proses penerbitan seperti Seek Knowledge Even in China, A Visit to A Prophet dan Meetings with Mountains yang menceritakan seribu satu lagi sudut dan wajah-wajah Islam dari segenap pelosok dunia tanpa ada satu pun yang terlepas daripada rakaman dan pancaran lensa kamera Peter.

www.petersanders.co.uk


Care to comment?


Monday, 20-Aug-2007 22:42 Email | Share | | Bookmark
17 Ogos 2007 - Renew passport di Kedutaan Besar Malaysia Tokyo






Care to comment?


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.