Want your
own Fotopage?






 
Falah Azizan's Fotopages

By: Falah Azizan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 5-Oct-2007 04:39 Email | Share | | Bookmark
sudah terang lagi bersuluh...

 
__________________


asslamualaikum brother Falah...boleh tak kirim kan salam saya pada Zhafran Zainal(Bdk JB, Asasi UM, Science Fizik, 22 tahun)....gambar dia ada byk kat site bro' ni....katakan pada dia cikgu Aishah dari Sek Men Seri Perling kirim salam....jasa brother Falah memang saya hargai....kerana sudah lama saya ingin mengetahui khabar berita dari Zhafran...jasa bro' falah amat saya hargai...ni page saya:-
friendster: http://profile.friendster.com/nooraintupani
tagged:- http://www.tagged.com/n2pani
fotopages:- http://tupani.fotopages.com

assalamualaikum
dari Malaysia Fakulti Undang2 & Kerajaan UUM Sintok...
Fri 5-Oct-2007 09:31
Posted by:Noorain Bt Tupani ain_oc@yahoo.com
salam saudari dan cikgu Aishah sudah disampaikan...selamat berpuasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan.. Sat 6-Oct-2007 05:02
Posted by:falah  - [Link]
Add comment


Thursday, 4-Oct-2007 06:11 Email | Share | | Bookmark
Masa berubah...

Oktober 2007
April 2007
 
__________________
__________________April 2007

__________________
__________________Oktober 2007

Quote:
Tazkirah Ramadhan

Dari Uqbah, iaitu Ibnu Hariith, katanya: Aku mendengar Ibnu Umar r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Carilah lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir . ( Riwayat Muslim )


Care to comment?


Sunday, 30-Sep-2007 05:49 Email | Share | | Bookmark
Majlis berbuka puasa, solat teraweh dan solat hajat

bro sherinizam...
ketua projek iftar jamaie di masjid thn ni
azfar, regor,cek non,alip
View all 8 photos...
tak sempat ambil banyak gambar...gelap, gambar blur... tak reti set camera,tangan gegar

Bro Sheri dilantik ketua projek iftar jamaie(buka puasa rama-ramai) utk jemaah di Masjid Nagoya tahun ni. Akan diadakan minggu depan.Semua dijemput.

Bro Rizal dilantik Ketua projek untuk majlis jamuan aidilfitri. Mesti meriah kalau rizal yang handle.InsyaAllah.

__________________

Quote:
Tazkirah Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya. ((Riwayat Bukhari))

Care to comment?


Friday, 28-Sep-2007 19:15 Email | Share | | Bookmark
Sketch for Ramadhan

 
__________________

Quote:
Ramadhan by Ramli Sarip

Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
PadaNya jua

Kini Engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahayaMu
Di malam yang penuh syahdu

Care to comment?


Thursday, 27-Sep-2007 23:56 Email | Share | | Bookmark
Separuh Masa Kedua...

 
________________

Quote:
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

http://saifulislam.com/?p=907#more-907



Care to comment?


Wednesday, 26-Sep-2007 07:02 Email | Share | | Bookmark

 
 
__________________

Quote:
Tazkirah Ramadhan:

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Care to comment?


Tuesday, 25-Sep-2007 06:00 Email | Share | | Bookmark
Hajat di hati menggapai awan...

 
 
__________________________


Quote:
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."- Kata-kata hikmah

Entryku kali ini…

Superbike menjalar memukau pandangan
Bukan dipandu sebarang orang
Walaupun hebat memukau di jalanan
Namun lebih dipakai mengangkut barang
Wed 26-Sep-2007 05:18
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
memang cantik...

marilah kita komen sama2 supaya jadi terer sama2 hihihi...jum.
http://egoboboi.fotopages.com http://johnbean.fotopages.com

http://johnbean.deviantart.com
Fri 28-Sep-2007 23:05
Posted by:boboi boibean_22@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Sep-2007 13:22 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
__________________________


Quote:
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit
yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah
terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung
pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan
bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta
pertolongan." An-Nahl:53


Care to comment?


Sunday, 23-Sep-2007 20:45 Email | Share | | Bookmark
Sang Rama-rama

 
 
__________________

Quote:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Surah Hud, Ayat 6)

Care to comment?


Thursday, 20-Sep-2007 20:42 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pagi Nagoya!

 
__________________

Quote:
Dari Ibnu Umar RA katanya: Rasulullah SAW memegang bahuku lalu baginda bersabda: "Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau adalah orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembara)." Dan adalah Ibnu Umar RA berkata: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari waktu sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. (Riwayat Bukhari)

berakhir sudah entry merdeka
minggu depan siri korea semula....
Fri 21-Sep-2007 03:44
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Indahnya lama ciptaan Ilahi Fri 21-Sep-2007 08:14
Posted by:Meorjay  - [Link]
"lihatlah alam terbentang luas..langit cerah memayungi bumi...hati terasa kebesaranNya..ucapkanlah Allahu Akbar.."-Raihan Mon 24-Sep-2007 20:53
Posted by:falah  - [Link]
Add comment


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.