gambar kenangan majlis perpisahan anjuran NITICA, jzkk utk segalanya
Esok, 22 Mei 2008 tamatlah kembara aku di bumi sakura, Jepun.
Semalam, NITICA anjurkan satu majlis ringkas selepas solat maghrib sebagai
majlis perpisahan.Banyak nasihat-nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat.
Walau pun berbeza bangsa,negara dan budaya, hakikatnya kita semua bersaudara
kerana mukmin itu bersaudara.
| Quote: |
Nikmat
Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.
A. Samad Said
(Benih Semalu) |
Perjalanan 5 tahun suka duka ini mengajar banyak perkara tentang hidup.
Buat teman-teman seperjuangan di bumi sakura walau di mana pun kalian berada, aku
mohon seribu kemaafan andai ada terkasar gaya dan bahasa.
Mudah-mudahan Allah memberkati persahabatan ini dan kekal ia selama-lamanya.
Doakan semoga kita semua berjaya dalam setiap urusan yang kita lakukan dan
kekal istiqamah di atas jalan dakwah.
Pesanan Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Iman walhayah(iman dan kehidupan) di bahagian pendahuluan kitab:
| Quote: |
"Kita adalah kaum yang beriman, dan ini adalah persoalan yang sudah cukup jelas, yang wajib dipelihara, dan dikumandangkan oleh penanya seorang pengarang/penulis, lidahnya seorang ahli pidato/orator, pemikirannya seorang filosuf, perasaan halusnya seorang penyair, hasil karyanya seorang pelukis, kekuasaannya seorang yang berkuasa, kekuatannya seorang perajurit dan lehernya rakyat semua.
Juga wajib dipelihara oleh seorang bapa di rumahnya, seorang guru di sekolahnya, seorang pensyarah di dalam ruang kuliahnya, seorang ahli sastera dalam kisah-kisahnya, seorang wartawan dalam pemberitaannya, seorang pengarang dalam buku-bukunya dan setiap orang yang mempunyai keahlian dalam karya-karyanya."
|
Ada rezeki, fotopages ini akan diteruskan di tanahair.Tak ada rezeki, kita berjumpa di medan yang lain.
Jangan lupa layari laman rasmi persatuan pelajar Malaysia Islam di Jepun, Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) di
http://www.ipij.info/
gambar ihsan bro Ajis, ini gambar kenangan Golden Week Gathering IPIJ di Masjid Asakusa, Tokyo
Wassalamualaikum wrt.